Saturday, 16 June 2012

Takdir Esok??

Views
Assalamualaikum...

Badan tak semena-mena kaku, kaki merasakan maha berat untuk melangkah lebih laju dan yang termampu saya lakukan duduk diam seribu bahasa. Wajah yang putih bersih (perasan bersih la sangat mida) tiba-tiba dibasahi air mata. Makin lama makin laju dan laju. Pasaipa plak dah ni tak boleh berhenti menangis? leceh la kalau ayaq mata ja takpa ni sekali dengan ayaq hidung.srottsrett..achummm..

Owh..rupanya keasyikan dalam alunan lagu nasyid kumpulan Hijjaz~Nur Tuhan.

Meh kita hayati lirik nih..

Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yang menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi

Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan

Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi

Himpun doa di pohon harapan
Tempat rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan.

Subhanallah sungguh indah lirinknya dan sangat menyentuh hati ini. Betapa kerdilnya aku di muka bumi mu Ya Allah. Hitung dosa ku tak terhitung.Mungkin esok takdir tak dapat nak halang.Kadang-kadang kita terleka dengan keasyikan dunia. Nauzubillah..(T_T)

Allah lebih tahu apa yang lebih baik.
Dan Allah lebih tahu,
Apa yang kita layak dapat,
Apa yang kita berhak dapat.
Apa yang berhak kita miliki,
Bahkan apa yang kita rasai,
Dan Ingat!
Bukan sahaja tentang apa, tapi bila!




Hargai Sangat, Sayang Korang :)

Saturday, 9 June 2012

Kenduri

Views
Assalamualaikum...

Sepanjang cuti sekolah memang dan selalu dan acapkali la berulang-ulang atau bertimpa-timpa ada kenduri kahwin. Untung gak dapat undangan kenduri kahwin tiap-tiap hari sebab :
  • Mak atau mak cik-mak cik, nenek-nenek serta yang seangkatan dengannya yang selalu memasak di rumah  tak payah berpecah peluh memasak di rumah. Cuma mengigihkan diri untuk menghadirkan diri ke kenduri kahwin je. Tapi kepada yang terlibat dengan aktiviti di rumah kenduri terpaksa pulak berepecah peluh berbaldi-baldi.Ah, pulak! mujur aku ni ketegori sekadar di pinggiran di rumah kenduri.hehe..
  • Ada pelbagai menu yang sedap-sedap boleh dinikmati dan dipilih lagi-lagi kalau kita nie jenis selamber macam kucing yang kelaparan menghidu lauk-pauk di atas meja boleh cuba try test melantak menu santapan pengantin. Yela,pengantin bukan usik sangat lauk-pauk diorang pun kn..kn.
  • Boleh mengayakan pelbagai fesyen mengalahkan si pengantin. Pasti teruja kerana dengan belagaknya dan yakinnya anda merasakan andalah yang paling ohsem berbanding pengantin.
  • Catwalk ala-ala model antarabangsa dengan kasut heel sepanjang perjalanan ke rumah kenduri sehingga kaki anda mengalami migrain yang maha berat . *eh, bukan migrain la tapi kekejangan* 
  • Boleh membedal sebanyak mungkin buddy bag tanpa menghiraukan orang lain. Giler tamak kau..
Rembat daripada encik google tapi dia tak marah pun..spotting kan.

p/s : Terima kasih sebab menghabiskan masa anda untuk membaca coretan dahku yang tiada motif lagi berfaedah pada negara dan bangsa.





Hargai Sangat, Sayang Korang :)

Monday, 28 May 2012

Habis Apa Yang Sedap?

Views
Assalamualaikum...

Sebenarnya saya nak update pasal celoteh anak sedara saya yang cakapnya paling banyak.Hihi.. tapi sumpah cumil kalau tengok gelagat dia.

  Awal tahun hari tu sharp pada 1hb Januari 2012 merupakan tarikh peningkatan umur kakak ipar saya. Jadi, kitorang adik beradik yang ada plan ler buat surprise untuk dia. Tapi tak ada la surprise sangat. Paling penting kitorang adik-beradik berjaya ciptakan memori untuk kak Mazlina aka kakak ipar tersayang ^^,

  Dengan membawa sebiji kek berserta sekeping lagu yang tak seindah dan tak semerdu yang didendangkan oleh kami depan pintu rumah kakak ipar. Ohsem kakak ipar terkejut dan tersenyum tanda suka dengan adegan kami.haha..kira menjadi juga.

  Adik saya ada rakam video tu tapi tak boleh nak upload sebab kakak ipar tak bertudung lak time tue. Yang bestnyer time kitorang sedang melantak tue la anak sedara saya si Safiya buat adegan. Macam tahu lak dia dirakam. Kebetulan >_<

Tak sedap tapi tue yang sedap? haishhh..macam-macam la budak safiya nih..

Dua-dua pakai pink macam kembar lak,
sebelah kiri tue la Safiya yang kanan tue Annisa Zafira





Hargai Sangat, Sayang Korang :)

Wednesday, 23 May 2012

Bertenanglah Wahai Emosi Ku..

Views
Assalamualaikum...

  Seperti yang saya janjikan daripada entry 2 hari lepas jadi hari nie memang wajib celoteh macam mana kita nak kawal emosi kita yang dalam keadaan tegang atau cemas.

  Pernah dengar kan pepatah nie?? "bertenang itu kepandaian, kelam kabut itu kebodohan" belajarlah bertenang tatkala dalam cemas. Kan nampak sangat bila kita kelam-kabut atau marah tak tentu pasal kebodohan kita macam terserlah. Memang super-super malu eh ^.^ tapi kalau kita dapat bertenang waktu emosi serabai bagai memang cumil jer tengok.hihi..

  Tapi apa pun semua atas diri kita sendiri, pikir positif, jadi positif la kita tapi kalau pikir negatif tu yang aura negatif masuk dalam kepala semua.
Okay meh terus kepada tips yang dijanjikan.Insya-Allah sama-sama dapat membantu, maklumla saya pun manusia yang kadang-kadang tergolong dalam kategori gagal mengawal emosi.
  1. Nabi pun pernah ajar kita kalau waktu emosi atau dalam hati menjerit arggghhhh!!! sedang berdiri kan, sebaiknya kita duduk. Cari la mana-mana kerusi atau apa segala yang ada kat situ boleh kita duduk. Okay serius mood tenang tiba-tiba terus selinap dekat kita. Tapi kalau dekat rumah lagi senang baring je. Lagi-lagi atas tilam yang empuk eh tidur terus jela.kehkeh..Nexttt..
  2. Dalam entry hari tue saya kata beristifar banyak-banyak kan. Istifar tue pun ubat juga pastu cuba tarik nafas sedikit demi sedikit sambil istifar.
  3. Minum air kosong waktu tue, lega sebab tiba-tiba rasa sejuk je. macam dalam cerita Nangkung kan si isteri membebel marah-marah dekat si suami dan tiba-tiba si anak menghulurkan segelas air kosong. Haa..sweet kan tiba-tiba tak jadi marah lebih-lebih. >.<
  4. Paling okay kan pergi je ambil wudhuk dan solat sunat apa-apa. Insya-Allah selepas je solat emosi kita kembali stabil.
Harap-harap apa yang saya kongsikan nie dapat memberi 1001 senyuman waktu emosi terganggu. Latih diri untuk menjadi seorang yang lebih cumil apabila nak marah ^^,

p/s peringatan untuk diri saya juga.







Hargai Sangat, Sayang Korang :)

Saturday, 19 May 2012

Arghhhh..tension kot!

Views
Assalamualaikum...

Siyes lama dah tak jenguk belog nih, memang kusut masai rupa lagi serabai. Tak apa meh baca coretan mengarut saya nih kejap meh.^^, 

Apabila emosi menguasai diri, diri akan mula rasa tertekan walaupun benda yang remeh atau sekecil zarah sekali pun.
Tak patut marah pun marah
tak sepatutnya menjerit pun menjerit
Hodohnya mimik muke bila emosi menguasai diri dan jeliknya perangai apabila ada yang memandangnya.
Pelbagai pandangan negatif akan dirungkaikan setiap kali orang yang melihatnya.

Hmmm..apa motif yang saya nak cuba sampaikan sebenarnya nih??? ngomel punya ngomel sebenarnya saya nak gambarkan betapa indahnya akhlak kita seandainya kita dapat menahan diri kita dari sifat amarah atau panas baran.

Pernah kan tiba-tiba marah kita tu terlampau sangat dan bila dah okay terbayang semula apa yang terjadi rasa malu sangat pada diri sendiri kan.. kan.. kan..
Korang pun pernah kan? okay tak baik tipu! hihi

Nasihat untuk diri sendiri sama..cuba dan kita MESTI elakkan daripada memiliki sifat macam nih.

Rasa emosi tu terlebih sangat istifar dalam hati banyak-banyak insya-Allah nak marah terlebih pun boleh jadi kurang dengan banyaknya.

Nanti saya share lanjutan tips kat entry lain macam mana nak control emosi marah nih. Tak sempat nak bebel lama-lama kat dalam entry nih.

Okay selamat beramal. Pendek kata Ustazah NorBahiyah " Anda buat anda dapat " 


Hargai Sangat, Sayang Korang :)

Saturday, 28 April 2012

Kau Pertama Dan Terakhir, Tiada Keduanya..

Views
Assalamualaikum...

  Di pagi yang dingin lagi membekukan ini membuatkan semua idea-idea dalam benak kepala saya ni juga membeku. Hujan yang turun dan kedinginannya makin terasa ke dalam rongga-rongga bulu roma lagi-lagi sedap kalau dapat tido.hehe..hampeh je ayat kan! kan!


  Apa yang nak dikisahkan sebenarnya tajuk atas tue. Macam tajuk lagu je.Dalam hidup ni memang beliau saja yang pertama dan terakhir dan sampai mati memang tiada dan tidak akan ada yang keduanya. Memang cinta mati lagi gila ler kat beliau "Nobody Can't Replaced".. sungguh ohsem beliau dalam hidup saya kan. >.< Beliau adalah mak,ibu, mom, ummi, mummy dan segala bagai kepada saya.

  Syukur alhamdulillah semalam 27hb April 2012 tuhan beri kesempatan dan peluang kepada kami adik-beradik menyambut hari kelahiran mak yang ke-60.Alhamdulillah..Masya-Allah kejap je masa berlalu. Rasa macam baru je sambut kelahiran mak yang tahun lalu.

  Awal-awal dah wish dan salam kat mak sempena hari bertuah beliau sebab nak menanti tepat jam 12.00 malam takut mak terlelap dulu kat tilam empuk lagi cantik diulik mimpi indah bersama bintang gemerlapan dilangit.hihihi..

  Mida yang mengagahkan diri untuk memampukan diri menghadiahkan sebijik kek kecil je kat mak pada sebelah petang tue. Kecik-kecik alhamdulillah masih terdaya buat santapan di waktu senja bersama adik-beradik yang ada time tu. Tak rugi pun kalau kite nak hepi kan hati kedua orang tua kite. Habiskan wang ringgit kite untuk mereka pun tak ape lagi-lagi besar tapak padang golf mereka tadahkan. Peluang yang ada depan mata dan sisa masa yang masih ada gunakannya dengan penuh berhemah. Moga tahun depan dapat celebrate lagi.Amin.

  Untuk mak, semoga mak diberi kesihatan yang baik, umur yang panjang dan semoga mak sentaiasa di dalam rahmatNya selalu. Sayang my mak dan cinta sangat-sangat kat my mak dengan banyaknya.statment tamak nih ~.~.


Tak snap pun pic mak yang latest..
banyak yang tak bertudung.
yang okey pun pic ni.
Ni ler mak yang tercantik dalam hati kami semua adik-beradik.
hingaq dan leteran mak tu akan jadi perindu kami semua.
huhu..memang sweet ^_^

<3 <3 <3

p/s : Meh layan lagu Maher Zain ~ Number One For Me.
suruh Mr.Google search kat youtube ye.
 Nak upload tak ada kat dalam folder mida lak.


Hargai Sangat, Sayang Korang :)

Monday, 16 April 2012

Dah Ok..

Views
Assalamualaikum...

Adam dan Annisaa dekat Taman Legenda credit copy picture to Hamzah (",)

  Melihat pada gambarajah di atas, ini menunjukkan bahawa mata adam yang disengat oleh serangga berbisa semakin mengecut dan semakin ok..haha apa yang mida melalut nih? tiba-tiba keluar macam nak buat karangan gambarajah lak.

  Tapi apa yang mida sendiri nak sampaikan lebih kurang camtu gak. Alhamdulillah mata adam dah pulih macam biasa dan kecomelan dia pun kian terserlah semula umpama matahari menyinari bumi di pagi hari. >.<

  Setelah dikaji dan dianalisis dengan teliti terhadap apa yang berlaku kat adam maka disini dapat disimpulkan cewah ayat macam poyos je.hehehe.. berguna juga simpulan bahasa "mencegah lebih baik daripada mengubati" tapi yang ni tak ada kaitan pun, cuba terbalikkan..mengubati lebih baik daripada dibiarkan.kehkeh..ada kan! kan! kan! Bukan apa kadang-kadang benda yang kita nampak remeh jika dibiarkan boleh jadi parah. Lagi-lagi kalau melibatkan kecederaan atau luka dengan binatang berbisa.

  Seindah dengan usia mangsa pulak kan. Kalau kite yang dewasa mungkin dapat membezakan sakit dengan teruknya dengan sakit dengan sedikitnya ^-^ tapi berbeza dengan budak-budak agak sukar untuk membezakannya yang depa tau menangis je.

  Macam tu jugak dengan kebanyakkan kes baby terhantuk atau kepala baby dihantuk. Mungkin pada luarannya lebam tue hanya biasa-biasa dan tidak memberi apa-apa kesan pada pandangan mata kasar kite. Tapi kesan pada mangsa??? elok sangat dibawa check atau scan segala bagai dek doktor. Tak mau lah "sudah terhantuk baru terngadah". Marilah kite sama-sama "sediakan payung sebelum hujan".

Peringatan untuk diri sendiri jugak (^_^)..





Hargai Sangat, Sayang Korang :)

Thursday, 12 April 2012

Ciuman Special Tue..

Views
Assalamualaikum...

  Sebaik saja pulang dari kerja hati nie suke sangat-sangat bile Adam Haikal Naim ade kat umah. Boleh la lepas rindu dengan gelagat petah die bila berbicara.

Tapi sekali tengok muka die..MasyaAllah apa sudah jadi ma..aiyoo..boleh pulak serangga berbisa kasi ciuman special kat mata die. Kecian bila mida tengok mata die yang berbengkak, ditambah lak perisa gatal-gatal kat mata..die je lar yang tahu.

Jadi hari nie kebetulan mak su ~adik saya yang bongsu masnadia nama diberi :) die free bawa ler pegi jumpe Mr Doc supaya mata tak lebih parah equal teruk.hehee

Adam terkena sengatan nie dah 2 hari. Pape pun moga mata adam yang cute tue tak ade pape.

Nie ler Adam Haikal Naim sebelum disengat dan selepas disengat.





Hargai Sangat, Sayang Korang :)

Tuesday, 3 April 2012

Tidak ku Duga

Views
Assalamualaikum...

  Ketentuan tuhan tidak siapa dapat menduga kan? Jadi, kite sebagai hambanya kena persiapkan diri dengan pelbagai kejutan dari Dia, samada kejutan gembira atau sedih. Bersyukurlah kite sebab kite tergolong di kalangan hambanya yang diuji. Alhamdulillah tuhan masih sayangkan kite. ^_^

  Mida sekeluarga sebenarnya baru sahaja kehilangan nenek tercinta pada 1hb April hari tue. Berita yang amat mengejutkan saya sekeluarga especially mak mida ler..sebab ni momy mak mida. Memang tak diduga dan tak disangka ~.~
Innanillahi...tuhan lebih sayangkan nenek. >.<

  Dengan rasa beratnya hati mak menerima berita sedih nie dari sepupu, mak diuji lak dengan kesungguhan mak untuk pulang menziarahi nenek buat kali terakhir. Sebaik menerima berita itu pun sebenarnya tik..tik..tik..jam berdetik sudah menunjukan jam 6.30ptg lebih..Walau sekilat mana pun mak berhempas pulas tenaga untuk mengejar feri supaya dapat pulang ke tanah air tercinta di Gombak, Selangor memang tak kan sompat nyer.

  Kecian lak kat mak..terdiam! sebak dihati tiada siapa tahu. Kepala kami semua adik beradik berpusing-pusing memikirkan alternatif lain supaya dapat jugak pulang..

  Lastly, mak dan adik bongsu fly away..^-^ malam tue jugak, itu saje cara yang ade dari terkilan terus. Semput jugak mida bila tahu harga flight setinggi $$$ tue waktu tue.

  Alhamdulillah akhirnya tuhan mudahkan perjalanan mak dan izikan mak tengok nenek untuk kali terakhirnya di dunia, dan itulah juga pertama kali mak dan adik dapat merasa naik kapal terbang. Thanks AirAsia >.<

~Semoga nenek tercinta Habsah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah!
Hargai Sangat, Sayang Korang :)

Monday, 27 February 2012

Jodoh ku..

Views
Assalamualaikum...


Fitrah manusia tak pernah lari dari perasaan ingin dicintai dan meyintai. Sebaris dengan ukuran usia saya yang boleh di katakan masih muda >.< kadang-kadang memang terdetik walau sekumit kuman di benak kepala ni. Apatah lagi setiap kali tiba musim cuti sekolah pasti tak pernah lekang tangan ni menerima daripada kawan-kawan sekeping kad undangan kawin, atau pesanan ringkas *equal sms.hehee* atau post-post di facebook mengundang ke walimatul-urus. Alhamdulillah tumpang hepi sebenarnya.

Dan diri ku masih begini. Ini tidak bermakna semuanya sudah berakhir. Diri ini harus bangun bina kekuatan dari kekecewaan dan penantian. Jodoh adalah rahsia Allah! saya harus berusaha yang terbaik untuk mendapat yang terbaik untuk diri ini kelak. Saya juga tidak mahu lagi bazirkan masa, hati dan perasaan menyayangi insan yang bukan jodoh ku.

Saya tahu tuhan menjaga jodoh ku untuk diri ini. Apa khabar jodoh ku?? sabar dalam menanti jodoh ku. Akan ku persiapkan diri ini untuk diri mu wahai jodoh ku.

Apa yang pasti setiap kekecewaan akan di gantikan dengan kegembiraan, yang patah pasti kan tumbuh yang baru dan begitu juga yang hilang pasti berganti yang baru.


Hargai Sangat, Sayang Korang :)