Seperti yang saya janjikan daripada entry 2 hari lepas jadi hari nie memang wajib celoteh macam mana kita nak kawal emosi kita yang dalam keadaan tegang atau cemas.
Pernah dengar kan pepatah nie?? "bertenang itu kepandaian, kelam kabut itu kebodohan" belajarlah bertenang tatkala dalam cemas. Kan nampak sangat bila kita kelam-kabut atau marah tak tentu pasal kebodohan kita macam terserlah. Memang super-super malu eh ^.^ tapi kalau kita dapat bertenang waktu emosi serabai bagai memang cumil jer tengok.hihi..
Tapi apa pun semua atas diri kita sendiri, pikir positif, jadi positif la kita tapi kalau pikir negatif tu yang aura negatif masuk dalam kepala semua.
Okay meh terus kepada tips yang dijanjikan.Insya-Allah sama-sama dapat membantu, maklumla saya pun manusia yang kadang-kadang tergolong dalam kategori gagal mengawal emosi.
- Nabi pun pernah ajar kita kalau waktu emosi atau dalam hati menjerit arggghhhh!!! sedang berdiri kan, sebaiknya kita duduk. Cari la mana-mana kerusi atau apa segala yang ada kat situ boleh kita duduk. Okay serius mood tenang tiba-tiba terus selinap dekat kita. Tapi kalau dekat rumah lagi senang baring je. Lagi-lagi atas tilam yang empuk eh tidur terus jela.kehkeh..Nexttt..
- Dalam entry hari tue saya kata beristifar banyak-banyak kan. Istifar tue pun ubat juga pastu cuba tarik nafas sedikit demi sedikit sambil istifar.
- Minum air kosong waktu tue, lega sebab tiba-tiba rasa sejuk je. macam dalam cerita Nangkung kan si isteri membebel marah-marah dekat si suami dan tiba-tiba si anak menghulurkan segelas air kosong. Haa..sweet kan tiba-tiba tak jadi marah lebih-lebih. >.<
- Paling okay kan pergi je ambil wudhuk dan solat sunat apa-apa. Insya-Allah selepas je solat emosi kita kembali stabil.
Harap-harap apa yang saya kongsikan nie dapat memberi 1001 senyuman waktu emosi terganggu. Latih diri untuk menjadi seorang yang lebih cumil apabila nak marah ^^,
p/s peringatan untuk diri saya juga.
No comments:
Post a Comment