About Me

Views
Assalamualaikum...

Kepala nie tiba-tiba bergegar mengimbau semula zaman hingusan meleleh srottsroott..Zaman keaktifan membuat biodata. Sambil memegang sebuah buku yang bercorak-corak, berwarna warni serta berpinar-pinar dek warna pen yang shining gitu dan tidak terkecuali aku turut serta.kehkeh..siap lawan-lawan tukar lagi. Biasa la budak pempuan kan (^_^).
Bila belek-belek balik sisa buku biodata aku yang masih wujud dimamah usia, tak semena-mena aku dengan khusyuk tesengih-sengih macam kambing di belakang rumah jiran angkat sedara sebelah nenek angkat cik kiah.* tak ada kaitan kot mida oi *
Dan tiba-tiba kerajinan datang berguling-berguling kat aku suruh create serba sedikit tentang aku yang tak ohsem nie.

 Senyum di petang yang buta lagi dingin.

~About Me~
  • Merupakan anak ke-6 daripada 8 orang adik beradik. Sampai ada yang kata mak bapak ramai kot, eh mak bapak haku sorang satu je la oi..ayat yang penuh kesengalan.okay pe ramai hingaq tapi meriah tau. 
  • Dalam famili kami 3 orang hero dan 5 orang heroin.* amboi..kemain hero heroin *
  • Dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur tapi dibesarkan di Langkawi. Cmne ek leh tersesat kat KL?? hehe..mak asalnya orang Gombak tapi kawinnya sama orang Langkawi.
  • Lahir pada 2hb Julai 1987.
  • Masa tadika sekolah kat Sekolah Kebangsaan Ldg Sg Raya, Langkawi sampai ler darjah 6, pastu continue study kat Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri, Langkawi sampai grad PMR dan SPM.
  • Bila dah abis sambung sat STPM dalam sebulan jer, kat sekolah yang sama sementara dapat tawaran belajar kat UiTm. Syukur sebab dapat tawaran kemasukan bulan Julai kat UiTM Arau ~Diploma Sains Geomatik (Sistem Maklumat Geografi)..Pastu ble part3 course kitorang semua kena transfer kat UiTM Shah Alam sampai ler grad..Alhamdulillah 


nie time praktikal kat Arau..pic kawan.


akhirnya...horeyy!!



Hargai Sangat, Sayang Korang :)