Sepanjang cuti sekolah memang dan selalu dan acapkali la berulang-ulang atau bertimpa-timpa ada kenduri kahwin. Untung gak dapat undangan kenduri kahwin tiap-tiap hari sebab :
- Mak atau mak cik-mak cik, nenek-nenek serta yang seangkatan dengannya yang selalu memasak di rumah tak payah berpecah peluh memasak di rumah. Cuma mengigihkan diri untuk menghadirkan diri ke kenduri kahwin je. Tapi kepada yang terlibat dengan aktiviti di rumah kenduri terpaksa pulak berepecah peluh berbaldi-baldi.Ah, pulak! mujur aku ni ketegori sekadar di pinggiran di rumah kenduri.hehe..
- Ada pelbagai menu yang sedap-sedap boleh dinikmati dan dipilih lagi-lagi kalau kita nie jenis selamber macam kucing yang kelaparan menghidu lauk-pauk di atas meja boleh cuba try test melantak menu santapan pengantin. Yela,pengantin bukan usik sangat lauk-pauk diorang pun kn..kn.
- Boleh mengayakan pelbagai fesyen mengalahkan si pengantin. Pasti teruja kerana dengan belagaknya dan yakinnya anda merasakan andalah yang paling ohsem berbanding pengantin.
- Catwalk ala-ala model antarabangsa dengan kasut heel sepanjang perjalanan ke rumah kenduri sehingga kaki anda mengalami migrain yang maha berat . *eh, bukan migrain la tapi kekejangan*
- Boleh membedal sebanyak mungkin buddy bag tanpa menghiraukan orang lain. Giler tamak kau..
Rembat daripada encik google tapi dia tak marah pun..spotting kan.
p/s : Terima kasih sebab menghabiskan masa anda untuk membaca coretan dahku yang tiada motif lagi berfaedah pada negara dan bangsa.
No comments:
Post a Comment