Wednesday, 5 October 2011

Bila Cinta Saya Jatuh Sakit

Views
As Salam

Semalam kannn..saya pergi dating ngan Mr.Doc..heee..Ops! ni ke cinta saya?~ngee.. Wuwuwuu cinta saya tu Annisa Zafira ler. Sebenarnya saya pergi bawa buah hati jantung saya ni ke klinik..Kak Long saya ler mesej mengejut awal-awal pagi, dia cakap nisa malam semalam tak bole tido sebab batuk yang melampau..awat la tak bagitau semalam kan kot ye leh bawa pergi spital semalam je..apa da..time tu dah lewat sangat-sangat kan..cian Nisa.
Mujur la semalam memang saya free dan sempat la saya jadi ibu mithali sekejap..*poyo je*..Gerak la saya dari rumah pi amik cinta kat umah Kak Long..OMG!kurus bangat kok.bru dua hari je tak jumpa dia.
Dulu dia tak kurus camni.

Tapi ni ler malas lau pi klinik kesihatan..dah tau confrm kena tunggu lama..lenguh bontot menunggu..(^_^) mujurlah demi cinta saya nie takpe la.
Bila tiba time bertentang mata dengan Mr.Doc lidah ni lak terkelu..hahaha..macam-macam ditanya tapi saya ni maen bantai jela jawab."nampaknya anak cik ni kena pi sedut dulu sebab takut dia ada asma"
Next,pi ler saya bawa masuk kat bilik rawatan lak.
Ni ler dalam bilik rawatan, jururawat nie ngah masukkan ubat dalam pam tue.
(^___^)

Ada ler kena tunggu sekejap sebab kebetulan masuk ada patient lain. Dah setel, giliran saya lak..Fuh..fuh..fuh..tak payah hembus nafas ler Zafira, pakai dan nafas macam biasa jer. Bila Zafira kena pakai benda alah teringat kat kawan baik saya sebab penah temankan dia camni gak dan saya sendiri pun penah pakai. So, takdela susah sangat saya handle bile dok lama-lama dalam bilik nie.
Lenguh-lenguh tangan saya pegang benda alah nie
(^___^)

Wajah insan dalam ketakutan.huhu..

Selesai sudah aktiviti pam mengepam ~ngee. Then, jumpe semula Mr.Doc kat bilik dia."setakat ni saya detect dia ada asma, tengok perubahan dia dalam seminggu,if nothing bawa dia ke sini semula". OK Mr.Doc.hope pasni suma okey la Zafira ye.Tak boleh dah mandi malam-malam ok ummi?

Seterusnya dan last sekali pi kaunter ubat..amik ko Zafira, debuk! 4 botol ubat. Mujur la dia nie jenis suka makan ubat. Pelik je dengar tapi betoi, apa ubat lau bagi suma telan je.
Ubat demam, antibiotik, batuk, dan asma.
Habiskan suma lau nak cepat sembuh ea!

Okey, lastly hope sangat-sangat pasni dah tak batuk-batuk camni dan asma tu hilang terus ea Zafira.(",)



Thanks for ur reading!








Hargai Sangat, Sayang Korang :)